Satu ketika dulu, ada orang tua memberitauku, bahawa pada satu masa, manusia dan binatang hidup bersama dalam satu kandang. Aku terfikir fikir dan melihatnya secara lahiriah; dalam benakku berfikir macam mana ya. Hari hari yang aku tunggu itu nampaknya belum tiba lagi. Sedikit adalah nampak, manusia manusia yang hidup serumah dengan anjing mereka, atau dengan kucing mereka. Anjing boleh tinggal dalam rumah, begitu juga dengan kucing. Apakah itu maksudnya?
Hari demi hari, aku kira aku seakan akan faham. Aku lihat hari ini, bukan semua manusia itu insan. Banyak lagi binatang dari insan. Mungkin ada yang keliru.
Manusia ini, memang sebangsa dengan binatang. Kalau ikut pada paras rupa, mungkin adik beradik kepada monyet. Kalau ikut pada kerja hariannya pun tidak jauh berbeda. Apa yang manusia buat, itulah juga yang binatang buat. Makan, minum, keperluan sex, berumah tangga, membesarkan anak, mencari rezeki, bertasbih semuanya sama saja.
Bila agaknya manusia itu dinamakan insan?
Bagi ku, manusia itu hanya dikenali sebagai insan, apabila ia dapat keluar dari ruang batasan manusia itu atau binatang tadi. Mengabdikan diri kepada Allah, bergerak kerana Allah, rasa dengan zat Allah, dan semua hidupnya kerana Allah. Apakah itu maknanya ia perlu bertapa seorang diri dan sisihkan diri dari manusia lainnya.? Sekali kali tidak. Ia makan, kerana niat dari Allah, tidak kerana mengisi temboloknya yang membesar. Ia berkahwin kerana Allah, bagi kepentingan zuriat untuk mengembangkan ugama Allah, tidak kerana naluri nafsu yang tidak terkawal. Begitulah seterusnya. Itulah insan.
Aku teringat, bagaimana manusia berkata. Satu hari ada majlis majlis ditempat tugasku. Disana sini, diadakan majlis berbuka puasa. Aku mendengar dari mulut seorang manusia, katanya, "dapor kami tidak berasap, kerana asyik buka puasa diluar saja." Beginilah resam manusia. Ada pula dimajlis Hari Raya, berebut hendak makan sate. Bila makanan tidak cukup, mengambur marah. Inilah manusia. Kalaulah insan, dia akan ucapkan syukur apabila cukup dan berterima kasih apabila tidak cukup kerana itulah rezekinya pada hari itu.
No comments:
Post a Comment