Wednesday, 30 November 2011

MADU DAN RACUN

Madu dan racun, sebuah lagu popular dari Indonesia. Baik musiknya, begitu juga lirik dan lagunya.
Semalam aku hampir kecewa, dan mungkin aku memang kecewa, kerana setiap kali aku berikan madu, tuba di balasnya. Aku tidak tau mengapa jiwanya begitu. Keras dan egoistik.

Ia bermula dengan aku melawat ia kerana ia tidak begitu sehat. Niat yang baik hanya untuk melawat dan melihat keperluannya. Sayang aku tidak disambut dengan baik, tapi diberi muka yang masam dan marah. Hanya kerana tidak memberitau awal bahawa aku akan datang.

Sebelah malamnya, aku bilang apabila aku punya wang, aku ingin bawa ia ke Mekah. Sayang lagi, ia tidak menyahutnya dengan baik sebaliknya aku disyarahkan mengenai kelakuanku. Aku rasa putus asa.

DIA TAK AKAN FAHAM

Aku tidak taulah samada kerana ego yang tinggi atau kebodohan, tapi aku fikir ia tidak akan faham selamanya. Aku tidak pernah terfikir akan ada orang yang tidak faham pada lumrah adat, tapi kini aku melihatnya. Segala galanya hendak diaturkan mengikut kehendaknya.

Tuesday, 29 November 2011

DIA SUDAH BERUBAH

Aku tidak tau dengan sebenarnya, apa yang telah berlaku. Hanya aku perhatikan dirinya telah berubah. Mengapa, aku sendiri tidak dapat menelah dengan tepat, hanya sekadar berteka teki sahaja.

Kemungkinan besar, ia bersabit dengan apa yang dilaluinya. Pengalaman pahit mau pun sesuatu yang mempengaruhi dirinya. Mungkin juga kuasa, dan taraf.

Setiap hari, aku cuba menyelam kedalam benakku dan berfikir serta melihat dimana agaknya silafnya dan apakah yang menjadi punca kejadian.

BUDI MANUSIA

Setengah manusia yang melata dimuka bumi ini, sudah dijadikan tuhan tersemat dalam hatinya suka menolong. Ada yang suka menolong secara bersungguh sungguh, ada juga yang hanya melepaskan batuk ditangga. Apa jua, ada yang suka menolong.

Dalam adab manusia, apabila orang berbudi, kita berbahasa. Apa lagi andainya kita berkedudukan tinggi. Bagaimana pun, mungkin ini hanya angan angan dalam cerita penglipor lara. Manusia hari ini, barangkali sudah kurang berbahasa.

Adakah orang yang mengirim aku membeli top upnya lewat internet menghilangkan diri, senyap sunyi tiada sepatah kata. Inikan kurang asam namanya. Masyaallah.

Sunday, 27 November 2011

HAID WANITA

Menyentuh perkara diatas, rasa rasanya ramai pun sudah tau. Cuma disini hanya sekadar ingatan sahaja kepada kita semua sesama manusia.

Semua maklum bahawa darah haid itu kotor. Ia adalah waktu untuk seseorang wanita 'berehat' sambil darah kotoran itu dikeluarkan. Kalau mengikut tertibnya, segala ibadat adalah dilarang waktu ini, begitu juga mengadakan sex. Segala galanya hanya kembali normal, apabila darahnya kering atau sudah habis keluar, dan wanita itu bolehlah membersihkan diri.

Seandainya darahnya tidak kering betul, dan ia sudah membenarkan perkara perkara dilarang dilakukan, maka itu dikategorikan khianat, khususnya jika mengadakan sex dengan suami. Ia umpama memberi sesuatu yang tidak baik kepada suaminya.

MANUSIA DAN BINATANG

Satu ketika dulu, ada orang tua memberitauku, bahawa pada satu masa, manusia dan binatang hidup bersama dalam satu kandang. Aku terfikir fikir dan melihatnya secara lahiriah; dalam benakku berfikir macam mana ya. Hari hari yang aku tunggu itu nampaknya belum tiba lagi. Sedikit adalah nampak, manusia manusia yang hidup serumah dengan anjing mereka, atau dengan kucing mereka. Anjing boleh tinggal dalam rumah, begitu juga dengan kucing. Apakah itu maksudnya?

Hari demi hari, aku kira aku seakan akan faham. Aku lihat hari ini, bukan semua manusia itu insan. Banyak lagi binatang dari insan. Mungkin ada yang keliru.

Manusia ini, memang sebangsa dengan binatang. Kalau ikut pada paras rupa, mungkin adik beradik kepada monyet. Kalau ikut pada kerja hariannya pun tidak jauh berbeda. Apa yang manusia buat, itulah juga yang binatang buat. Makan, minum, keperluan sex, berumah tangga, membesarkan anak, mencari rezeki, bertasbih semuanya sama saja.

Bila agaknya manusia itu dinamakan insan?

Bagi ku, manusia itu hanya dikenali sebagai insan, apabila ia dapat keluar dari ruang batasan manusia itu atau binatang tadi. Mengabdikan diri kepada Allah, bergerak kerana Allah, rasa dengan zat Allah, dan semua hidupnya kerana Allah. Apakah itu maknanya ia perlu bertapa seorang diri dan sisihkan diri dari manusia lainnya.? Sekali kali tidak. Ia makan, kerana niat dari Allah, tidak kerana mengisi temboloknya yang membesar. Ia berkahwin kerana Allah, bagi kepentingan zuriat untuk mengembangkan ugama Allah, tidak kerana naluri nafsu yang tidak terkawal. Begitulah seterusnya. Itulah insan.

Aku teringat, bagaimana manusia berkata. Satu hari ada majlis majlis ditempat tugasku. Disana sini, diadakan majlis berbuka puasa. Aku mendengar dari mulut seorang manusia, katanya, "dapor kami tidak berasap, kerana asyik buka puasa diluar saja." Beginilah resam manusia. Ada pula dimajlis Hari Raya, berebut hendak makan sate. Bila makanan tidak cukup, mengambur marah. Inilah manusia. Kalaulah insan, dia akan ucapkan syukur apabila cukup dan berterima kasih apabila tidak cukup kerana itulah rezekinya pada hari itu.

Saturday, 26 November 2011

SENDIRI

Pada satu saat dalam kehidupan manusia, mereka akan kembali sendiri sebagaimana masa mula mula ia dilahirkan.

Hari ini, apabila umur ku telah lanjut dan semua anak anak sudah besar, mereka sudah punya kehidupan sendiri. Isteri yang kau puja juga sibok dengan anak anak yang membawa ia kemana mana mengikut rasa hati, dan menjaga cucu yang disayangi.

Keperluan teman amat besar. Tidak dapat tidak tergapai gapai mencari kesana kemari teman untuk bersama. Dalam usia lanjut mungkin tidak ada kawan baru yang ingin menemani lagi. Jika ada pun, sudah tertentu tersembunyi sesuatu dilubuk hati mereka. Perkara yang kamu mungkin tidak sedari, dan tidak pernah ambil peduli kerana hajatmu hanya ingin berteman.

Alangkah malangnya, andainya teman yang ada juga mementingkan dirinya kerana usiamu telah tua baginya. Maka merintihlah kamu sendiri, seorang diri. Tanpa teman, tanpa kawan.

ISLAM JALAN HIDUPKU

Hari ini, ramai yang jadi keliru dengan ugama ini. Ada yang sengaja memanggilnya ugama teroris. Mungkin kita tidak dapat menyalahkan tanggapan mereka, kerana begitulah nampaknya yang dipamirkan oleh sebahagian umat yang mengaku dirinya Islam. Kalau diperhatikan juga didalam khutbah dan ceramah, terlalu banyak sangat membangkitkan perasaan saling membenci diantara umat manusia. Sedangkan kita semua tau bahawa kita semua bersaudara, tidak kiralah apa fahamannya.
Aku sering berfikir, mengapa kita tidak mengemburkan perkara perkara yang membangkitkan rasa kasih dan sayang sesama insan. Andainya kita dapat berbuat demikian, aku percaya lebih ramai yang akan memeluk ugama ini daripada mencaci. Kadang kadang aku terfikir, mengapa mereka tidak marah pada fahaman fahaman lain didunia ini, mengapa Islam.
Barangkali kerana umatnya yang banyak tidak mengamalkan ajarannya yang mulia.
Islam itu sebenarnya indah. Islam itu penuh dengan kasih dan sayang.

Friday, 25 November 2011

AQAL, EMOSI DAN EGO DIRI

Sudah menjadi lumrah makhluk makhluk yang hidup dimuka bumi ini, pada satu masa yang sesuai memerlukan pasangannya masing masing. Perasaan ingin bersama itu tidak mungkin dapat dihalang, kerana ia sudah merupakan perasaan semula jadi, diciptakan tuhan bagi setiap umat manusia dan makhluk makhluk lainnya.
Namun perasaan ingin bersama, selalu menerima halangan samada yang berbentuk fizikal, atau pun berbentuk rohani.
Kata orang kasih sejati tidak akan hilang melalui peredaran masa. Hatta bagaimana rupa, bentuk dan tabiatnya, perasaan sayang tetap akan ada. Tidak akan terlerai dengan mudah. Hari ini, tidak taulah samada kasih serupa itu masih ujud lagi dimuka bumi ini. Ada berita, ibu bapa yang sudah tua dihantar kerumah jagaan orang tua tua oleh anak anak kandung sendiri yang sudah lelah menjaga mereka. Ada suami atau isteri, yang lari meninggalkan pasangannya lantaran kekurangan fizikal yang terjadi. Ada juga berita, siibu meminggirkan anaknya atas menggapai cinta seorang lelaki. Apa kurangnya kaum bapa.
Kata orang kalau hendak seribu usaha, kalau tidak mau seribu dalih. Biarkan isteri atau suami itu soleh atau solehah; jika sudah tidak berkenan, beribu alasan.
Dalam dunia, manusia sering belajar bertoleransi diantara satu dan lain. Lantaran ada undang undang dan peraturan peraturan, sudah tentu ia menguatkan lagi kadar toleransi manusia disebabkan rasa kuatir dan takut. Kalau bersandarkan pada aqal, barangkali ia tidak mungkin terjadi; tetapi aqalnya mungkin tersimpan dalam saku seluarnya. Emosi selalu menjadi sandaran hari ini. Ia menerjah fizikal kearah lembah yang dikawal dengan ego yang mendalam.
Tidak hairan hari ini, banyak rumahtangga yang berantakan, hanya atas landasan aqal dan emosi yang ditunda oleh ego. Mengapakah manusia itu tidak bisa mencari jalan perdamaian. Bertoleransi disetiap sudut yang bisa membawa celaka. Tidak bolehkah banyak memberi dan sedikit menerima.
Mungkin kesemuanya kerana aqal dan emosi sudah ditakluk ego. Mertabat yang tidak pernah mendapat pengiktirafan kecuali dari pujian diri sendiri.

MEMAHAMI BUDAYA

Budaya, kata orang bijak pandai adalah cara hidup. Apabila ia diamalkan oleh sekelumpuk manusia, maka ia menjadi satu norma yang diterima ramai, dan ia menjadi budaya kehidupan masyarakat itu. Walau apa pun, bentuk budaya itu, namun kita tidak dapat lari dari punya budaya budaya kecil milik sekelumpuk kecil manusia seperti keluarga. Ia mungkin penurunan secara pendidikan dari generasi kegenerasi, atau mungkin juga budaya sekelumpuk manusia yang punya nilai kawanan.
Adalah menjadi satu kesukaran memahami satu satu nilai budaya itu khususnya kalau ia terpakai bagi satu kelompok kecil unit manusia. Ia mungkin menjadi janggal pada sekumpulan manusia yang lain tetapi itulah cara hidup yang terpakai untuk mereka.
Apabila dua unit manusia bersatu, pertembungan budaya ini tidak dapat dielakkan. Tabiat dan kebiasaan yang dianuti oleh individu individu ini, mungkin tidak selaras antara satu dan lainnya. Maka perselisihan mungkin harus terjadi.
Kerana itu, nilai nilai perkahwinan yang berasaskan kasih sayang, mau pun dijodohkan tidak dapat bertahan lama, apabila titik pertemuan antara dua budaya itu tidak dapat diselaraskan dengan toleransi individu individu tersebut.

KEHIDUPAN

Dalam kehidupan, tiada siapa yang boleh mendakwa bahawa aku minta dilahirkan. Malahan ibu bapa kita juga tidak merancang untuk menzahirkan kita didunia. Segala galanya adalah kurnia dari Yang Maha Kuasa. Memberi kehidupan dan mentadbirkan kehidupan tersebut.
Selaku manusia yang budiman, wajarlah kita bersyukur setiap masa. Melemparkan kegembiraan kita dengan bertasbih kepada Nya. Dengan pentadbiranNya, bukan sahaja kita diberi nyawa kehidupan, malah dikurniakan pelbagai anugerah yang tidak terhingga. Apalah salahnya sedikit azab diberikan kepada kita. Pokoknya bertawakallah kepadaNya.